Tuesday, July 27, 2010

Bahagian 4 -Bulan bahasa - Pengalaman mempelajari Bahasa dan budaya di Pelegong




Bakul yang dihasilkan oleh temanku, Auni.


Di dalam perjalanan kami sempat berhenti di imrigasi. Kami pun memberikan paspot kami supaya diperiksa.Setelah itu,kami pun meneruskan perjalanan. Setelah beberapa jam kemudian, kami akhirnya sampai di Pelegong. Aku sangat terkejut meihat pemandangan di sana. Sangat berbeza sekali dengan Singapura. Rumah-rumah di sana kebanyakan dibuat daripada kayu.Penduduk-penduduk kampung Pelegong telah menyambut kedatangan kami dengan iringan kompang yang sungguh meriah sekali. Ada juga banyak binatang-bianatang yang dibiarkan berkeliaran dengan bebas. Kebanyakan tempat di situ tertutup dengan pokok-pokok yang hijau. Setelah itu, kami pun disuruh mendengarkan ceramah dari tok ketua kampung di sebuah dewan. Tok ketua kampung sangat bijak dan pintar. Beberapa minit kemudian, kami disuruh untuk duduk dan diajar membuat bakul kecil daripada rotan. Sekarag aku tahu bahawa rotan akan lebih lenur dan tidak mudah patah jika ditaruk air. Aku juga telah mempelajari bahawa rotan banyak berjasa kepada masyarakat Melayu kerana menjadi sumber rezeki mereka terutama masyarakat Melayu yang tinggal di kampung. Semasa membuat bakul, kami mempelajari cara menganyam iaitu salah satu daripada seni orang Melayu.

No comments:

Post a Comment