Tuesday, July 27, 2010

Bahagian 3-Bulan bahasa - Pengalaman mempelajari Bahasa dan budaya di Pelegong


Pada ketika matahari sudah muncul sepenuhnya , semua murid telah berkumpul dan menunggu bas. Ibu dan bapaku masih duduk bersama ibu bapa murid lain yang sedang menunggu bas yang akan mengambil anak-anak mereka. Tiba-tiba , kami ternampak sebuah bas yang besar sedang menuju sekolah kami. Seketika itu terdengarlah sorakan gembira yang begitu kuat.kami semua berasa sungguh bahagia. Kami pun segera masuk ke dalam bas. Ramai diantara kami yang menangis kerana sedih untuk meninggalkan orang tua mereka, tetapi kami selau diingatkan oleh cikgu untuk selalu tabah. Setelah berpisah, kami pun segera memulakan perjalanan. Aku sempat tertidur kerana terlalu mengantuk.

No comments:

Post a Comment