Tuesday, July 27, 2010

Bahagian 10-Bulan bahasa - Pengalaman mempelajari Bahasa dan budaya di Pelegong

Keesokan harinya, kami pun bersiap-siap untuk pulang ke Singapura. Sebelum berangkat, kami disuruh untuk menjamu makanan yang ada di dewan. Makanan itu sungguh lezat. Akupun segera memakannya dengan nikmat. Setelah itu kami pun segera memulai perjalanan. Di dalam jalan, tiba-tiba, perutku berasa mual dan terasa ingin muntah. Cikgu pun segera menghentikan bas di tempat tendas terdekat. Setelah mencuci tangan, kami pun meneruskan kembali perjalanan kami. Aku tidak akan melupakan kejadian itu selamanya.

Bahagian 9 -Bulan bahasa - Pengalaman mempelajari Bahasa dan budaya di Pelegong

Pada petangnya, kami disuruh untuk bersiap-siap utuk mengganti dengan pakaian baju kurung untuk adat perkawinan minangkabau. Cikgu memilih dua pasang dari antara kami untuk mewakili menjadi pengantin. Mereka pun segera dirias dan dibawa ke pelamin. Wajah mereka merah kerana malu.Kemudian, kami disuh untuk mempersembahkan tarian piring. Aku berasa sangat takut kerana lupa bagai mana pergerakannya. Untunglah ada seorang penari yang sudi menunjukkan tariannya.Setelah itu, kami disuruh bertukar tempat. Aku disuruh untuk memainkan alat muzik. Aku berasa takut tetapi berhasil melakukannya dengan lancar. kami mempunyai waktu yang hebat di sana.

Bahagian 8-Bulan bahasa - Pengalaman mempelajari Bahasa dan budaya di Pelegong

keesokan harinya, kami disuruh untuk bersiap-siap untuk pergi ke kebun buah-buahan. Di sana, kami dapat mengetahui berbagai macam buah-buahan dan tanam-tanaman seperti Tongkat Ali dan durian. Ketika di dalam kebun, kamsempat ‘diserang’ oleh sekumpulan nyamuk. Ada juga beberapa arnabyang berkeliaran di sana. Sekarang kami tahu bahwa manggis adalah permaisuri dari semua buah-buahan kerana kejujurannya. Durian dipanggil sebagai raja buah-buahan bukan hanya kerana dia mempunyai duri, tetapi juga kerana ia mempunyai dua warna daun yaitu emas dan hijau.

Bahagian 7 -Bulan bahasa - Pengalaman mempelajari Bahasa dan budaya di Pelegong

Setelah itu, kami disuruh untuk masuk dalam dua kumplan. kumpulan pertama disuruh untuk belajar bermain muzik melainkan umpulan kedua akan menari tarian piring. Aku termasuk dalam kumpulan kedua. Pertama, kami disuruh untuk melihat cara mereka menari dan kemudian disuruh untuk mengikutu gerakan mereka. Aku berasa bingung kerana ini adalah pertama kalinya menari tarian seperti ini. Tambahan pula, kami disuruh untuk untuk memegang piring plastik. Aku sempat menjatuhkannya beberapa kali. Setelah itu, kami disuruh untuk bertukar tempat. Kali ini kami disuruh untuk memainkan muzik. Aku pun memilih gendang ibu sebagai alat permainanku. Muzik yang kami mainkan sungguh bising, tetapi kami sangat gembira.

Bahagian 6 -Bulan bahasa - Pengalaman mempelajari Bahasa dan budaya di Pelegong

Kesokan harinya , kmi pun bersiap-siap utuk pergi ke kampung. Setelah kami siap, kami pun pergi ke lantai bawah untuk menikmati sarapan pagi. Makanan di situ sungguh lezat. Aku makan dengan nikmatnya. Setelah itu, kami pun pergi untuk belajar permainan traditional dan belajar memainkan muzik Cak Lempong. Sesampainya di sana , kami diajarkan bermain perminanya. permainan-permainan di sana sungguh menarik. Sebelum bermain, kami disuruh untuk bersiap-siap. Peluit pun dibunyikan. Kami semua menuba untuk memenangkan banyak poin. Kmi sangat seronok pada pagi itu. Aku berharap permainan-permainan ini tidak akan pupus di kalangan masyarakat Melayu yang semakin modern ini.

Bahagian 5- Bulan bahasa - Pengalaman mempelajari Bahasa dan budaya di Pelegong

Hari pun dah semakin gelap. Setelah embuat kraf tngan , kami pun diajak utuk pergi ke hotel kami. Di hotel itu kami dibagikan dengan beberapa kumpulan untuk tidur sekamar. Aku telah dimasukkan ke sebuah kumpulan bersaa Sufi dan Daniel. Mereka semua adalah budak darjah 4. Aku menjadi malu kerana aku adalah murid satu-satunya darjah 5 dalam kumpulan itu. Tetapi aku cuba untuk berteman dengan mereka.Malam itu kami semua dpat tidur dengan tenang walau ada beberapa suara aneh yang kadang-kadang terdengar dari bilik mandi.

Bahagian 4 -Bulan bahasa - Pengalaman mempelajari Bahasa dan budaya di Pelegong




Bakul yang dihasilkan oleh temanku, Auni.


Di dalam perjalanan kami sempat berhenti di imrigasi. Kami pun memberikan paspot kami supaya diperiksa.Setelah itu,kami pun meneruskan perjalanan. Setelah beberapa jam kemudian, kami akhirnya sampai di Pelegong. Aku sangat terkejut meihat pemandangan di sana. Sangat berbeza sekali dengan Singapura. Rumah-rumah di sana kebanyakan dibuat daripada kayu.Penduduk-penduduk kampung Pelegong telah menyambut kedatangan kami dengan iringan kompang yang sungguh meriah sekali. Ada juga banyak binatang-bianatang yang dibiarkan berkeliaran dengan bebas. Kebanyakan tempat di situ tertutup dengan pokok-pokok yang hijau. Setelah itu, kami pun disuruh mendengarkan ceramah dari tok ketua kampung di sebuah dewan. Tok ketua kampung sangat bijak dan pintar. Beberapa minit kemudian, kami disuruh untuk duduk dan diajar membuat bakul kecil daripada rotan. Sekarag aku tahu bahawa rotan akan lebih lenur dan tidak mudah patah jika ditaruk air. Aku juga telah mempelajari bahawa rotan banyak berjasa kepada masyarakat Melayu kerana menjadi sumber rezeki mereka terutama masyarakat Melayu yang tinggal di kampung. Semasa membuat bakul, kami mempelajari cara menganyam iaitu salah satu daripada seni orang Melayu.