Tuesday, July 27, 2010

Bulan bahasa - Pengalaman mempelajari Bahasa dan budaya di Pelegong

Pada bulan Jun yang lalu, aku telah diajak oleh pihak sekolah untuk pergi ke Pelegong , Malaysia bersama teman-teman dan cikgu sempena bulan bahasa 2010. Kami telah diberitahu satu bulan sebelum keberangkatan. Apabila sampai di rumah, aku pun terus memberi tahu ibudan bapa untuk meminta persetujuan daripada mereka. Aku pun bersorak dengan gembira ketika ayah membenarkan. Dengan segera, aku langsung mengemas barang-barang , tetapi ibu telah mengingatkan ku bahawa keberangkatan itu masih lama. Hari cepat berlalu. Sudah tidak sabar aku menunggu hari yang telah ku nantikan itu. Tanpa ku sedari , esok adalah hari keberangkatan aku. Aku tidak sabar untuk mempelajari lebih tentang bahasa dan budaya Melayu di Pelegong.

No comments:

Post a Comment